Dear Klairs review

6:02 PM 0 Comments

Setelah menggunakan rangkaian product The Face Shop..bermula pencuci muka.. serum.. toner..compact powder.. semua ok..sgt ok. Tp..duit nye.. hihihi.. yg mana murah2 tu.. saya teruskan juga. Cuma sy cuba utk menggabungkan The Face Shop dengan satu produk yang murah sedikit.

Percubaan ini saya gamble aje..sebab saya review sendiri dan compare2 harga di Shopee & Lazada. Produk pilihan saya dan suami adalah dari negara Korea. Daripada jenama Laniege sampaila ke Dear Klairs.. akhirnya Dear Klairs menjadi pilihan saya.

Harga pada saya kalau pandai cari dalam Shopee or Lazada tu insyaAllah dapat yang murah. Buat masa ni, saya guna toner, serum & cream malam sahaja.

Utk toner saya memilih Supple Preparation Facial Toner 180ml. Guna setiap pagi dan malam. Tepek2 dekat muka sahaja kalau nak cepat. Kalau malam tu saya guna dengan kapas sebab nak bagi tanggal sisa2 habuk yang melekat di kulit muka. Hasilnya.. Alhamdulillah.. sgt sesuai dan saya suka.

Utk serum ni.. saya pilih Midnight Blue Youth Activation Drops 20ml. Guna waktu malam sahaja ya..sebab sbnrnya takut cepat habis.. haha.. hasilnya macam lambat sikit.. tapi bangun pagi tu tengok kulit muka mcm okla. Acah2 anjal.. tp utk 1st trial ni..keberkesanannya tak terlalu obvious la.. dia mcm naturally jaga kulit tu.. haa.. gitu..

Last review utk Midnight Blue Calming Cream 60ml..ada 2 size selain 60ml.. ada 30ml. Tp sebab harga beza tak berapa jauh..saya grab yang 60ml sahaja terus. Guna waktu malam sahaja sebelum tidur. Texture warna biru dan agak pekat sedikit. Bila sapu dekat muka rasa ok sangat takde rasa berminyak langsung. Very comfortable.. boleh tidur dengan aman... baca doa tidur dulu ya..

So.. kesimpulan dari penggunaan jenama Dear Klairs ni.. saya bg 4/5 bintang. Boleh diteruskan.. namun saya masih perlukan The Face Shop utk serum dan emulsion untuk waktu pagi sebabnya..texture dia sesuai dgn kulit dan hasil yang memberangsangkan.. hehe..

0 comments: