Dear Klairs review

Setelah menggunakan rangkaian product The Face Shop..bermula pencuci muka.. serum.. toner..compact powder.. semua ok..sgt ok. Tp..duit nye.. hihihi.. yg mana murah2 tu.. saya teruskan juga. Cuma sy cuba utk menggabungkan The Face Shop dengan satu produk yang murah sedikit.

Percubaan ini saya gamble aje..sebab saya review sendiri dan compare2 harga di Shopee & Lazada. Produk pilihan saya dan suami adalah dari negara Korea. Daripada jenama Laniege sampaila ke Dear Klairs.. akhirnya Dear Klairs menjadi pilihan saya.

Harga pada saya kalau pandai cari dalam Shopee or Lazada tu insyaAllah dapat yang murah. Buat masa ni, saya guna toner, serum & cream malam sahaja.

Utk toner saya memilih Supple Preparation Facial Toner 180ml. Guna setiap pagi dan malam. Tepek2 dekat muka sahaja kalau nak cepat. Kalau malam tu saya guna dengan kapas sebab nak bagi tanggal sisa2 habuk yang melekat di kulit muka. Hasilnya.. Alhamdulillah.. sgt sesuai dan saya suka.

Utk serum ni.. saya pilih Midnight Blue Youth Activation Drops 20ml. Guna waktu malam sahaja ya..sebab sbnrnya takut cepat habis.. haha.. hasilnya macam lambat sikit.. tapi bangun pagi tu tengok kulit muka mcm okla. Acah2 anjal.. tp utk 1st trial ni..keberkesanannya tak terlalu obvious la.. dia mcm naturally jaga kulit tu.. haa.. gitu..

Last review utk Midnight Blue Calming Cream 60ml..ada 2 size selain 60ml.. ada 30ml. Tp sebab harga beza tak berapa jauh..saya grab yang 60ml sahaja terus. Guna waktu malam sahaja sebelum tidur. Texture warna biru dan agak pekat sedikit. Bila sapu dekat muka rasa ok sangat takde rasa berminyak langsung. Very comfortable.. boleh tidur dengan aman... baca doa tidur dulu ya..

So.. kesimpulan dari penggunaan jenama Dear Klairs ni.. saya bg 4/5 bintang. Boleh diteruskan.. namun saya masih perlukan The Face Shop utk serum dan emulsion untuk waktu pagi sebabnya..texture dia sesuai dgn kulit dan hasil yang memberangsangkan.. hehe..

Ayat bahasa inggeris pertama Huwaidaa

Assalamualaikum.. lama beno tak update blog auntielovetulip ni.. busy ke.. hihi..

Cerita ttg huwaidaa.. Semalam..18/7/2018 masa tukarkan pamper huwaidaa..dia boleh sebut kat saya.. "Ibu..what are you doing?".. terkejut sambil nak gelak pun ada..masa tu suami pun ada berdekatan terdengar juga..sambil dia tersengih je..

Penangan Youtube la tu.. huwaidaa belajar bahasa inggeris.. nak harap ibu dan ayah dia.. mmg tak lah. Ckp bahasa melayu aje kt rumah..

Buat huwaidaa..anak ibu yg sgt ibu ayah sayangi.. semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yg baik dan hebat kerana Allah s.w.t..

Lagi 3 bulan huwaidaa akan masuk 4 tahun.. sekejap je rasa dia dh besar.. insyaAllah tahun hadapan huwaidaa akan masuk ke sekolah.. ibu dah booking daftar masuk PASTI INDAHPURA Jln Sena sahaja. Ayah yg cadangkan ke PASTI sbb nak terapkan didikan agama Islam utk awal pendidikan..semoga bermanfaat buat dia. Apa pun..agama mesti diutamakan..ibu ayah tak harapkan anak cepat baca ke..cepat pandai ke utk umur mcm awk tu.. tp kalau niat nak utamakan agama dulu.. ibu ayah yakin.. Allah akan mempermudahkabn urusan kita nnt..

Jumpa lg nnt..

Review The Face Shop - Yehwadam Pure Brightening Skincare

Post kali ni lain daripada yang lain. Tentang skin care. Macam tak percaya saya nak bercerita tentang skin care ye.. selama ni saya pun xdela ambil kisah sgt pasal skincare. Sejak tahun lepas kot kalau tak silap saya jinakkan diri secara serius..sblm ni macam main2 je kan..

Lepas pergi facial last year dekat area Kulai..tak ingat pula nama kedai tu..tp area sederet Farmasi AM PM tu..area bank BSN tu.. dia offer guna skin care Cellnique.. ternyata saya sesuai guna skincare Cellnique ni. Cara penggunaannya mudah je.Just pakai pencuci muka sendiri..tak kesah la kita pakai apa janji yg sesuai. Lps tu guna toner dia.. bubuh la serum dia sket.. then.. moisturizer dia.. settle. Cuma harga Cellnique ni memang mahal. Masa beli tu tak fikir apa..yela sbb guna kad kan.. hihi.. tapi bile fikir semula.. rm600 ada 3 brg je.. aduhai..nak re stock semula berpinar gak mata.. at last.. suami sy senyap2 buat survey..& suggest pada saya product The Face Shop...  

Haa.. brand The Face Shop ni mesti dah dikenali kan.. kalau jalan2 kat AEON biasa mesti ada kedai ni. Harga tu.. sedang2 la.. murah sedikit dari Cellnique.
So..hujung bln 6 sblm raya hari tu saya test guna The Face Shop. Masa tu sy beli The First Therapy Serum, Chia Seed Toner & Chia Seed Moisturizer..

The result after 1 or 2 weeks..seems quite good..tapi mcm  x begitu memberangsangkan.. maybe sbb kulit muka saya ni dh agak berumur.. tak begitu sesuai guna yg utk produk muda remaja tu.. after a months.. hujung bln 7 saya decide tukar ke Yehwadam.. asalnya nak yg Yehwadam biasa aje.. lepas kena 'ayat' ngan salesgirl dia.. terbeli yg Yehwadam Pure Brightening pula..mudah2an ada sinar selepas ni.. 

Di sini saya kongsi info tentang produk skincare Yehwadam ni. Dpt info ni dekat blog org lain jg.. slps sy menggoogle ttg yehwadam.. 

                       ********************

YEHWADAM Pure Brightening.

Initially, I thought it was pronounced as YEH-WA-DAM.
But, the correct pronunciation is YE-HWA-DAM.


YE (蘂): herbs & plants   |   HWA (花): flower   |   DAM (è­š) story

So the whole name itself is based on a STORY of a Traditional Herb Line that contains Korean traditional herbs and flower extracts, inspired by stories of beautiful Korean women and their beauty secrets passed down through the generations.

This skincare is formulated with
‘Chil-baek- seol-yun- dan Complex’ which is a brightening formula consisting of 7
brightening and pristine traditional herbs harvested in Korean soil that are processed using
‘baek-ja’ method where natural ingredients are heated for a long period of time in order to
maximize the efficacy and to eliminate any toxins in the extraction process.

Also this range is infused with --
Niacinamide: Skin brightening
Adenosine: Anti-wrinkle

********************

Alhamdulillah..since tukar tu.. kulit muka saya menampakkan perubahan dari segi tekstur lebih licin dan lebih cerah. Oh ya.. lupa nak add on.. ada 1 lg barang yg saya beli dekat Face Shop juga yang sy sangat recommend korang beli.. ialah Miracle Finish dia..  mmg marvelous..tak nampak cela di wajahku.. hihi

Ok. So, di bawah ni sy listkan skincare from Yehwadam series.. under The Face Shop...

1. Toner - guna after cuci muka
2. Serum - guna after apply toner
3. Emulsion - sy guna after apply serum utk waktu siang shj * sbb nak jimat yo
4. Cream - sy guna after apply serum utk waktu mlm shj *same reason above 
Ok.utk pencuci muka, sy guna dari The Face Shop juga.. Dr Belmeur.. mmg ok jg.

So, mcmmana? Nak test guna The Face Shop? InsyaAllah... kalau yakin anda boleh guna tanpa was was sbb skincare ni mmg truly selamat & berasaskan semua bahan semulajadi.. cewah promote pulak.. good luck pada yg nak mencuba.

Set The Face Shop yg sy pernah cuba.. lipstick dia pun sgt Ok. X kering lps pakai..
Trial set Yehwadam nibsy dpt FREE selepas membeli serum Yehwadam Pure Brightening tu..dah guna lebih sebulan masih mencukupi lg.. 
Ni pencuci muka yg sy gunakan.. Dr Belmeur from The Face Shop.. 

Bercuti di The Shore Hotel @ Residences Melaka

Wow.. tu ayat 1st aku nak kasi tau pasal hotel ni.. tp review yg aku nak share ni lebih kat apartment dia.. sbb aku stay apartment the shore utk kali ni.

Percutian kali ni @ bulan March 2017 ni jatuh pula kat cuti sekolah..mmg aduyai lah.. sebenarnya aku ambil cuti ni menyambung cuti Hari Lahir Sultan Johor yg jatuh pd 23hb March.. ngam2 nak sambung cuti jumaat sabtu..

Kali ni ambil apartment sbb nak bawa mak pak aku.. asalnya nak g family aku aje.. bawa si huwaidaa main2 air.. tp kebetulan bapak aku dah rindu cucu dia yg kt KL tu.. aku ajaklah sekali...tp kita g melaka dulu then naik ke KL yeah..

Orite. Start review utk CHECK IN kat the shore ni...hmm.. kalau korang pernah g or pernah terbaca review pasal problem check in the shore ni... mmg hampeh.net.. kalau ade rating zero.. aku bg zero je. Mmg xde sistem yg bagus. Gile aku sampai pukul 2 ptg mcm tu.. siap chk in dlm pukul 3.30 ptg.. entah mungkin nasib kot..tgh ramai org..

Okla.. tutup cite pasal check in.. kita citer bilik & apartment dia. Eh..jap sblm tu nk citer bab parking. Mmg celaru sikit nk parking kt the shore ni. Nasib kami.masa masuk tu pilih tngkt 3A utk residence. Utk tower 3 ada khas 1 lif je kt tmpt parking tu utk naik ke apartment. Agak rumit sikit. Kami dpt apartment tingkat 14 sbnrnya. Tp mungkin owner the shore ni taksub sgt dgn no 4.. dia tukar level tu jd level 13A.. apartment no 11.. hujung .. ada 3 bilik... xdela besar sgt biliknye.. ada 2 bilik air.. 1 bilik air kt dlm bilik tidur utama.. ada ruang makan bersama meja makan.. ada dapur dgn dapur elektrik dia.. pinggan dan cawan disediakan..cuma xde periuk elektrik jela.. tu lah..yg pelik dia sediakan dapur elektrik..tp periuknya xde.. huhu.. lain2.. ada peti sejuk yg besar.. oven.. mircowave.. dan mesin basuh.. mcm complete kan semua ada.. towel ada 6 siap towel kecik2 lg disediakan.. cuma..bantal jela..mmg bg byk.. 1 bilik sampai 4..tp bantal lembek2.. tilam cadar semua ok.mmg best. Aircond pula marvelous.. tip top.. 

Ok layan gambar dulu la ye..


Makan2 di Restoren Madam Rose, Pontian

Madam rose ni lokasi dekat bandar Pontian dekat tepi laut. Boleh buka waze kalau nak ke sana ya.
Apa yg menarik kt Madam Rose ni bagi kami ayam bakar dia dan environment macam mkn dinner kat hotel..hihi.. suasana tenang dan romantik je..  tp kt tempat yg dlm tu lah..

Ok.citer bab ayam bakar dia.. klu order ayam bakar nnt dia tny nak kuah apa. Ada 3 jenis kalau x silap.. yg paling aku & suami suka ialah honey. Kalau ambil yogurt pun ok.paling x berapa nak best kuah jenis herb. Hihi.. ikutla citarasa masing2...

Ok..gmbr mknn nnt next timelah aku snap..

Kesayangan kami Huwaidaa Solehah 1 year

Buat anakanda Huwaidaa Solehah.. ibu hanya nak simpan kenangan gambar2 kamu kat blog ni utk tatapan masa akan datang..
Menunggu kamu hadir dalam keluarga adalah saat2 istimewa buat kami..
Melihat kamu membesar dihadapan mata adalah saat2 menggembirakan buat kami..
Semoga anak ibu ni sentiasa sihat.. ceria.. & berjaya dunia akhirat..

Percutian penuh adventure di Lost World of Tambun

Review Lost World of Tambun, Perak.

Ini kali pertama kami dtg ke Lost World Tambun.. masa ni dlm bulan May 2016..asal nak pergi awal tahun 2016, tapi odw nak pergi tu dkt area Dengkil kereta kami breakdown.. nasib baiklah pjg umur sbb kalau ikutkan kereta tu boleh berpusing.. lower arm tercabut tuu... adeh.. padahal baru tukar..

Ok..tutup citer psl kereta.. sambung citer pasal Lost World Tambun.. so far taman tema ni pada aku ok.. mmg sgt sesuai dgn nama dia yg mcm lost from hutan bandar.. utk taman tema permainan dia pd aku biasa2 shj.. utk tmpat mandi.. ok kami enjoy la jgk..sbb ada tmpt air panas.. tp paling best pd aku lah.. zoo dia.. mmg best! 2 thumb up.

Ok. Aku belanja sikit gambar2 utk tatapan & kenangan kami..